Perkhidmatan Qurbanaid terbuka kepada setiap individu atau organisasi di Malaysia serta negara-negara yang ditawarkan perkhidmatan kami. Setiap pelanggan yang telah membuat tempahan adalah tertakluk dengan terma & syarat, syarat penggunaan, syarat perkhidmatan serta polisi Privasi perkhidmatan Qurbanaid, yang mungkin akan dipinda atau diubah dari masa ke semasa. Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa terma dan syarat terkini.
- Anda telah memeriksa dan bersetuju dengan terma dan syarat, syarat penggunaan, syarat perkhidmatan serta polisi privasi perkhidmatan qurbanaid.
- Pelanggan yang mendaftar sebagai wakil kepada sesebuah organisasi atau individu lain telah mendapat persetujuan daripada pihak yang diwakili.
- Anda telah memeriksa butiran nama, alamat, e-mel, no. telefon serta nama peserta. Pihak pengurusan Qurbanaid Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan yang terjadi dari maklumat yang anda berikan.
- Kesemua transaksi yang anda lakukan di dalam laman web ini, media sosial, pegawai berdaftar serta aplikasi yang dibangunkan oleh Qurbanaid akan diuruskan, diproses dan dikumpulkan oleh syarikat Qurbanaid Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Petaling Jaya, Malaysia.
- Untuk mengelakkan sebarang keraguan, anda mengakui dan menerima bahawa anda terikat dengan terma dan syarat ini untuk servis qurban serta aqiqah yang anda pilih, tertakluk semasa anda melengkapkan borang pendaftaran.