| Pusat Khidmat Pelanggan

bagaimana boleh kami bantu anda?

Search

Terma & Syarat Perkhidmatan

Terma dan syarat ini mengawal pembelian anda dan penggunaan sebarang produk serta perkhidmatan yang ditawarkan syarikat Qurbanaid Sdn. Bhd. melalui laman web rasmi https://qurbanaid.com.my , kesemua laman web sokongan qurbanaid, media sosial, aplikasi, pegawai syarikat serta wakil jualan rasmi dibawah jenama Qurbanaid.

Apabila membuat sebarang belian dengan menggunakan laman web serta rangkaian servis qurbanaid yang termasuk didalam perkhidmatan yang anda gunakan, anda menerima terma dan syarat ini sepenuhnya tanpa sebarang paksaan dan prejudis.

Dengan menggunakan butang ‘Daftar’ dan ‘Teruskan Bayaran’, anda telah bersetuju dengan terma dan syarat, syarat penggunaan, syarat perkhidmatan serta polisi privasi perkhidmatan qurbanaid, yang mungkin akan dipinda atau diubah dari masa ke semasa. Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa terma dan syarat terkini.

1. Mendaftar dengan qurbanaid

1.1 Saluran pendaftaran rasmi

Qurbanaid menawarkan pelbagai medium pengiklanan & saluran pendaftaran sebagai medium untuk memudahkan pelanggan menggunakan perkhidmatan kami. Antara platform yang kami gunakan adalah;

  1. Pendaftaran atas talian
    • Perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram & Tiktok
    • Pengiklanan enjin carian web
    • Pengiklanan media massa
    • Laman web – laman web qurbanaid
    • Whatsapp & Telegram syarikat/wakil jualan rasmi.
  • Pendaftaran secara fizikal
    • Individu sebagai wakil jualan rasmi dengan kad keahlian digital.
    • Kaunter jualan dengan borang rasmi
    • Pejabat urusan Qurbanaid

Sebelum membuat tempahan, sila periksa maklumat berikut untuk memastikan anda mendaftar secara sah. Qurbanaid hanya menerima maklumat tempahan yang mendaftar menggunakan 3 saluran rasmi seperti berikut;

  1. Pendaftaran e-dagang melalui laman web rasmi (https://qurbanaid.com.my) serta laman web-laman web jualan qurbanaid.
  2. Portal jualan Qurbanaid melalui URL (https://qos2.qurbanaid.my).
  3. Borang pendaftaran Qurbanaid yang digunakan oleh wakil jualan atau kaunter jualan yang mengandungi no. resit rasmi serta 3 salinan karbon.

Pastikan anda hanya membuat bayaran melalui cara berikut.

  1. Perkhidmatan platform bayaran atas talian (FPX/kad debit/kad kredit/e-wallet) melalui platform (billplz / toyyibpay) yang didaftarkan diatas syarikat Hannah Qurbanaid Sdn. Bhd. / Qurbanaid Sdn. Bhd. dengan no. Syarikat (1298529-T). Sebelum membuat bayaran, sila pastikan nama syarikat kami tertera di platform berkenaan.
  2. Pindahan bank / cek kepada no. akaun bank rasmi berikut;
    Hannah Qurbanaid Sdn. Bhd. / Qurbanaid Sdn. Bhd. (1298529-T).
    CIMB : 8603 4643 89
    MAYBANK :
    5623 5752 1093
  3. Bayaran Tunai yang hanya diterima di pejabat urusan Qurbanaid di:
    20-1 Petaling Utama Avenue
    Jalan PJS 1/50 Taman Petaling Utama
    46150 Petaling Jaya,
    Selangor, Malaysia.

1.2 Syarat pendaftaran

Perkhidmatan Qurbanaid terbuka kepada setiap individu atau organisasi di Malaysia serta negara-negara yang ditawarkan perkhidmatan kami. Setiap pelanggan yang telah membuat tempahan adalah tertakluk dengan terma & syarat, syarat penggunaan, syarat perkhidmatan serta polisi Privasi perkhidmatan Qurbanaid, yang mungkin akan dipinda atau diubah dari masa ke semasa. Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa terma dan syarat terkini.

  1. Anda telah memeriksa dan bersetuju dengan terma dan syarat, syarat penggunaan, syarat perkhidmatan serta polisi privasi perkhidmatan qurbanaid.
  2. Pelanggan yang mendaftar sebagai wakil kepada sesebuah organisasi atau individu lain telah mendapat persetujuan daripada pihak yang diwakili.
  3. Anda telah memeriksa butiran nama, alamat, e-mel, no. telefon serta nama peserta. Pihak pengurusan Qurbanaid Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan yang terjadi dari maklumat yang anda berikan.
  4. Kesemua transaksi yang anda lakukan di dalam laman web ini, media sosial, pegawai berdaftar serta aplikasi yang dibangunkan oleh Qurbanaid akan diuruskan, diproses dan dikumpulkan oleh syarikat Qurbanaid Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Petaling Jaya, Malaysia.
  5. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, anda mengakui dan menerima bahawa anda terikat dengan terma dan syarat ini untuk servis qurban serta aqiqah yang anda pilih, tertakluk semasa anda melengkapkan borang pendaftaran.

1.3 Tarikh tutup penyertaan qurban & nazar qurban

Tempahan ditutup 3 hari (72 Jam) sebelum jatuhnya tarikh Aidiladha. Terdapat dua kondisi untuk tempahan yang diterima selepas tarikh ini.

  1. Terdapat kuota lebihan untuk tempahan yang belum diagihkan sebelum tarikh tutup. Tempahan anda akan diteruskan untuk Aidiladha tahun tersebut.
  2. Kuota tidak mencukupi dan kami tidak dapat meneruskan tempahan anda untuk Aidiladha tahun tersebut. Didalam kes ini, tempahan anda akan dibawa secara automatik untuk Aidiladha tahun yang berikutnya (kecuali Qurban Nazar kerana hukumnya menjadi wajib dilaksanakan). Kami akan memaklumkan kepada tentang status tempahan anda melalui panggilan telefon. Anda boleh memilih untuk membatalkan tempahan, sila rujuk disini.

1.4 Tarikh tutup penyertaan Ibadah aqiqah & nazar aqiqah

Tempahan dibuka untuk sepanjang tahun. Untuk pemilihan tarikh pelaksanaan, sila rujuk disini.

1.5 Had masa penyertaan mengikut jenis pakej

  1. Pakej Lembu/Kambing: Tiada had masa.
  2. Pakej Lembu/Kambing Tempatan: 14 hari dari Tarikh Aidiladha. Bergantung kepada stok semasa
  3. Pakej Unta: 7 hari dari Tarikh Aidiladha. Bergantung kepada stok semasa.

*Jika kami tidak lagi dapat memenuhi permintaan tempahan, kami akan menutup pilihan yang berkenaan didalam borang pendaftaran di portal & laman web kami. Masa yang dinyatakan adalah sebagai panduan polisi kami dan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.

**Sila rujuk pegawai jualan atau pejabat urusan kami untuk mendapatkan maklumat sebelum membuat tempahan.

1.6 Had masa penyertaan dengan kuantiti yang tinggi

  1. Kuantiti melebihi 7 ekor Lembu/Unta/Kambing dalam satu tempahan:
    10 hari dari Tarikh Aidiladha.
  2. Kuantiti melebihi 7 ekor Lembu Tempatan dalam satu tempahan:
    20 hari dari Tarikh Aidiladha.

* Bergantung kepada stok semasa. Jika kami tidak lagi dapat memenuhi permintaan tempahan, kami akan menutup pilihan yang berkenaan didalam borang pendaftaran di portal & laman web kami. Masa yang dinyatakan adalah sebagai panduan polisi kami dan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.

**Sila rujuk pegawai jualan atau pejabat urusan kami untuk mendapatkan maklumat sebelum membuat tempahan.

1.7  Pilihan tarikh aqiqah

Qurbanaid menawarkan pilihan untuk pelanggan memilih tarikh pelaksanaan aqiqah, bersesuaian dengan sunah Rasulullah SAW untuk melaksanakan aqiqah untuk bayi yang baru dilahirkan pada hari ke-7 kelahiranya.

Polisi perkhidmatan kami adalah membuat tempahan 7 hari sebelum tarikh yang ingin dilaksanakan untuk memastikan masa yang mencukupi untuk proses pengurusan dan pengesahan maklumat. Selepas membuat tempahan, anda boleh menghubungi wakil jualan atau pejabat urusan kami untuk membuat penyelarasan tarikh pelaksanaan bersesuaian dengan keperluan anda.

Untuk tempahan aqiqah dalam tempoh sebulan (30hari) sebelum Aidiladha, pihak Qurbanaid mungkin tidak dapat memenuhi permintaan pelaksanaan dalam dengan tarikh yang ditetapkan kerana permintaan yang tinggi. Sila berhubung dengan kami untuk aturan dan penjelasan lebih lanjut.

1.8 Pilihan ibadah

Perkhidmatan pengurusan Ibadah yang ditawarkan adalah;

  1. Ibadah Qurban / Korban
  2. Ibadah Aqiqah / Akikah
  3. Ibadah Nazar Qurban
  4. Ibadah Nazar Aqiqah

*Rujuk Panduan ibadah untuk maklumat lebih lanjut.

1.9 Pilihan pakej

Pakej merujuk kepada jenis haiwan serta pembahagian kuantiti haiwan berkenaan. Pakej yang ditawarkan adalah;

  1. Lembu per ekor
  2. Lembu per bahagian
  3. Unta per ekor
  4. Unta per bahagian
  5. Kambing per ekor
  6. Lembu Tempatan per ekor
  7. Lembu Tempatan per bahagian
  8. Kambing Tempatan per ekor

1.10 Pilihan kuantiti

Kuantiti merujuk kepada jumlah yang didaftarkan didalam tempahan mengikut pakej yang dipilih.

Setiap satu tempahan adalah terhad kepada 7 bahagian/ekor atau 7 nama peserta sahaja. Untuk mendaftar lebih dari kuantiti yang dinyatakan dalam satu tempahan, sila hubungi pegawai kami.

1.11 Per bahagian atau per ekor?

  1. Setiap satu nama peserta mewakili satu bahagian atau ekor haiwan yang didaftarkan.
    Jika anda ingin mendaftar satu ekor lembu untuk 7 ahli keluarga anda, Sila pilih lembu (per bahagian) dan kuantiti 7.
  2. Jika anda memilih Lembu (per ekor) dan kuantiti 1, hanya 1 ruang nama disediakan. Bagaimanapun, anda boleh juga mengisi nama keluarga sebagai wakil ibadah yang ingin anda daftarkan.

1.12 Harga Jualan

  1. Harga jualan adalah tertakluk kepada promosi semasa. Qurbanaid mungkin mengubah harga yang ditawarkan tanpa sebarang notis tertakluk kepada perubahan pasaran semasa, kos pengurusan dan sebagainya.
  2. Perubahan harga tidak tertakluk kepada peserta yang telah membuat tempahan awal dan Qurbanaid tidak akan membuat cas tambahan jika terdapat kenaikan kos terhadap haiwan yang telah dijual.

1.13 Maklumat pengurusan & pendaftar

Perkhidmatan Qurbanaid memerlukan maklumat-maklumat peribadi berikut untuk kelancaran pelaksanaan ibadah dan proses pengurusan tempahan. Glosari ini juga sebagai panduan tentang maklumat yang terlibat untuk rujukan pelanggan.

Maklumat Pengurusan 

  1. No. QID (i.e QA001) : No. siri keahlian rasmi yang dikeluarkan sebagai identifikasi wakil jualan.
  2. No. resit rasmi (i.e QXXXX-QX2X_145XXX) : No. identifikasi tempahan anda untuk rujukan didalam sistem pengurusan.
  3. No. Agihan (i.e QAL2X_1XXXX) : No. siri agihan haiwan. Jika anda membuat tempahan bahagian, No. Agihan akan dikongsikan bersama peserta lain untuk melengkapkan 7 bahagian. Nama peserta lain akan tertera didalam laporan agihan (statuslink) Qurbanaid.
  4. No. Lot (i.e A-BAN-X-12XXX) : No. identifikasi pengurusan pelaksanaan yang mengandungi maklumat lokasi dan jumlah haiwan.


Maklumat Pendaftar

  1. Nama pendaftar : Individu yang mewakili nama-nama peserta yang melaksanakan ibadah. Pendaftar tidak semestinya seorang peserta. Sila masukkan nama penuh.
  2. No. Telefon : Diperlukan untuk pembayaran atas talian, notifikasi SMS dan akan dihubungi untuk panggilan telefon.
  3. E-mel : Diperlukan untuk pembayaran atas talian dan servis notifikasi.
  4. Nama peserta (1-7) : Hanya satu nama untuk setiap kuantiti .Maksimum 7 kuantiti dalam satu tempahan. Anda tidak digalakkan memasukkan gelaran/title (i.e Dato/Datin). Jika anda mendaftar bagi peserta yang telah meninggal dunia, sila letakkan Allahyarham (lelaki) / Allahyarhamah (perempuan). Sila isi nama dengan menggunakan huruf besar/caps. Sila rujuk disini.
  5. Alamat : Parcel yang mengandungi hadiah pakej serta sijil penyertaan akan diposkan ke alamat yang didaftarkan. Jika anda tidak mengisi alamat semasa pendaftaran, kami tidak akan menghantar promosi/hadiah sagu hati kepada anda. Jika alamat yang diberikan tidak tepat dan parcel dikembalikan kepada kami, anda perlu menanggung kos untuk penghantaran kali ke-2.




Pilihan pembayaran

2.1 Online FPX (Malaysia sahaja)

  1. Untuk pendaftaran secara atas talian sahaja (rujuk saluran pendaftaran), Qurbanaid menerima bayaran secara FPX melalui perkhidmatan platform bayaran atas talian Billplz dan Toyyibpay. Buat pembayaran secara terus melalui bank-bank pilihan anda di Malaysia.
  2. Masa Pengesahan
    Transaksi FPX adalah serta-merta dan kami akan terus memproses tempahan anda setelah bayaran diterima.
  3. Cas Perkhidmatan
    Perkhidmatan Qurbanaid menyerap cas sebanyak RM1.50/per transaksi untuk setiap tempahan yang didaftarkan. Kos ini tidak akan dicas kepada pelanggan dan setiap transaksi anda adalah percuma.
  4. Keselamatan Pengguna
    Sila ambil langkah berikut untuk memastikan keselamatan identiti akaun anda. Saluran tempahan dikendalikan oleh Qurbanaid melalui syarikat Hannah Qurbanaid Sdn. Bhd. / Qurbanaid Sdn. Bhd. dengan no. pendaftaran (1298529-T). Pastikan maklumat tersebut tertera di portal sebelum membuat bayaran.
  5. Pastikan anda menerima dan menyimpan slip/resit transaksi selepas membuat bayaran untuk rujukan akan datang.

2.2 Pindahan bank

  1. Untuk pendaftaran secara atas talian (portal jualan qurbanaid di https://qos2.qurbanaid.my sahaja) dan fizikal (rujuk saluran pendaftaran), kami menerima bayaran tempahan melalui akaun bank rasmi berikut;
  2. Hannah Qurbanaid Sdn. Bhd. / Qurbanaid Sdn. Bhd. (1298529-T).
    CIMB : 8603 4643 89
    MAYBANK :
    5623 5752 1093
  3. Untuk menggunakan bayaran secara pindahan bank, sila hubungi wakil jualan kami disini.
  4. Masa Pengesahan
    Selepas membuat transaksi, Qurbanaid memerlukan masa 3 hari bekerja untuk mengesahkan transaksi wang anda sah untuk kami memproses tempahan anda. Sila elakkan tempahan saat akhir menggunakan transaksi pindahan bank.

2.3 Kad debit / kredit

Tidak disokong buat masa ini.

2.4 e-wallet

Tidak disokong buat masa ini.

2.5 Tunai (Malaysia sahaja)

Untuk jualan di Pejabat urusan kami sahaja. Anda akan mendaftar bersama pegawai khidmat kami dan menerima resit tempahan (salinan karbon) berserta no. siri. Akad akan dilaksanakan secara bersemuka. Sila hadir di alamat;

Qurbanaid HQ
20-1 Petaling Utama Avenue
Jalan PJS 1/50 Taman Petaling Utama
46150 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

2.6 Skim bayaran ansuran (Malaysia sahaja)

  1. Qurbanaid menawarkan servis bayaran ansuran sebanyak 3 kali. Bayaran ansuran hanya boleh dilakukan melalui pegawai rasmi Qurbanaid dengan resit rasmi Qurbanaid yang sah.
  2. Bayaran dilakukan ke bank rasmi Qurbanaid sahaja. Bayaran secara ansuran perlu diselesaikan 7 hari sebelum tarikh Aidiladha.
  3. Untuk mendaftar melalui skim bayaran ansuran, sila hubungi pegawai jualan kami disini.

2.7 Resit & slip bayaran

Anda akan menerima salinan transaksi bayaran secara Online FPX melalui e-mel selepas membuat tempahan. Bergantung kepada cara pendaftaran, resit bayaran mungkin akan diterima serta-merta atau maksimum 3 hari dari tarikh bekerja.




Notifikasi pelanggan

3.1 E-mel & SMS

  1. Selepas kami menerima tempahan anda yang lengkap, kami akan menghantar notifikasi melalui e-mel dan SMS kepada anda untuk makluman proses dan status pelaksanaan ibadah yang telah anda daftarkan.
  2. Struktur notifikasi mungkin berubah. Jika anda tidak menerima sebarang notifikasi daripada kami selepas membuat tempahan, sila adukan kepada kami disini.

3.2 Statuslink Qurbanaid

  1. Statuslink merupakan pautan unik untuk membantu anda melihat status tempahan anda secara atas talian. Statuslink akan diberikan kepada anda selepas membuat tempahan melalui e-mel yang didaftarkan.
  2. Anda juga akan menerima pautan statuslink didalam cetakan sijil penyertaan yang akan anda terima melalui parcel dalam tempoh dua puluh (20) hari dari tarikh pendaftaran anda.
  3. Statuslink merupakan URL seperti contoh berikut https://qos2.qurbanaid.my/status?id=3XXXX05600XXXXXXXXXXX
  4. Melalui pautan ini, anda dapat merujuk maklumat berikut;
  5. tempahan berserta penerangan.
  6. Notis terkini daripada perkhidmatan Qurbanaid
  7. Soalan lazim berkaitan ibadah yang anda daftarkan
  8. Panduan lafaz niat serta akad wakalah
  9. Maklumat Wakil jualan
  10. Maklumat pelanggan serta peserta
  11. Maklumat Agihan (nama peserta agihan, lokasi pelaksanaan, masa pelaksanaan dsb.)
  12. Status Agihan
  13. Status penghantaran parcel (dalam pembangunan)

*Pembetulan Maklumat Tempahan
Penting untuk anda merujuk statuslink untuk memastikan maklumat yang dihantar tepat. Jika terdapat kesilapan maklumat, sila hubungi wakil jualan atau talian yang dinyatakan didalam halaman tersebut. Rujuk polisi dan kaedah pembetulan maklumat tempahan disini.

3.3 Semakan status tempahan

Anda juga boleh mengakses statuslink melalui pautan semakan status tempahan yang terdapat didalam laman web rasmi kami. Sila masukkan no. tempahan yang anda terima.

3.4 Panggilan telefon

Kami mungkin akan menghubungi anda dalam tempoh 7 hari selepas tempahan diterima untuk tujuan pengesahan atau pembetulan maklumat. Panggilan juga akan dibuat untuk mendapatkan maklum balas pelanggan secara rawak untuk peningkatan mutu perkhidmatan.

3.5 Perkongsian media sosial

Sila subscribe atau like laman sesawang kami untuk mendapatkan maklumat terkini aktiviti dan laporan pelaksanaan kami;

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Telegram
  4. Tiktok
  5. Youtube

3.6 Galeri pelaksanaan

Untuk melihat gambaran keseluruhan pelaksanaan setiap tahun, serta laporan-laporan bergambar yang dapat kami kongsikan, sila klik disini.




Pengurusan tempahan

4.1  Polisi pengurusan tempahan

Qurbanaid akan memproses tempahan anda setelah tempahan dan bayaran lengkap diterima. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, mendapatkan maklum balas serta mengesahkan maklumat tempahan, anda mungkin akan dihubungi melalui panggilan telefon / whatsapp dsb. Kami akan meneruskan tempahan anda jika anda gagal dihubungi dalam tempoh tiga(3) hari.

Qurbanaid menawarkan panggilan akad sebagai tambahan perkhidmatan kami. Mengikut prosedur standard, panggilan akad akan dibuat melalui pegawai jualan dan kali ke dua melalui pegawai akad untuk pengesahan maklumat. Walaubagaimanapun, Qurbanaid berhak tidak membuat panggilan akad ke dua disebabkan jumlah tempahan yang tinggi. Akad pelanggan telah pun termaktub selepas tempahan dilakukan. Pelanggan juga boleh merujuk video yang disediakan untuk panduan akad dan niat ibadah.

Qurbanaid menggunakan sistem digital sepenuhnya untuk menguruskan maklumat tempahan pelanggan. Kami menawarkan pelbagai kaedah dan langkah untuk memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan pantas diantara pelanggan, pengurusan serta pihak yang terbabit didalam pelaksanaan ibadah. Di dalam situasi berlaku kesilapan maklumat tempahan, yang dipersetujui dan dibuktikan kesalahan terjadi disebabkan kecuaian pegawai Qurbanaid, pelanggan berhak menuntut pembatalan tempahan mengikut klausa yang dinyatakan didalam polisi pembatalan.

4.2 Pembetulan maklumat

Penting untuk anda merujuk statuslink untuk memastikan maklumat yang dihantar tepat. Polisi had masa perubahan boleh dilakukan adalah seperti berikut;

  1. Nama, No. Telefon & e-mel pelanggan: Tiada had masa
  2. Alamat pelanggan: Sebelum parcel dihantar (maksimum. 7 hari selepas tarikh tempahan)
  3. Servis, Pakej dan Kuantiti tempahan : Sebelum status tempahan: PENGAGIHAN – Agihan nama dengan peserta lain sebelum maklumat dihantar ke tempat pelaksanaan. (3-7 hari selepas tarikh tempahan.)
  4. Nama Peserta: Sebelum status tempahan: PENGAGIHAN – Agihan nama dengan peserta lain sebelum maklumat dihantar ke tempat pelaksanaan. (3-7 hari selepas tarikh tempahan.)

*Kesilapan ejaan didalam nama peserta tidak menjejaskan perjalanan ibadah anda kerana anda/peserta telah berniat untuk melaksanakan ibadah. Walaubagaimanapun, nama peserta yang didaftarkan akan dicetak didalam sijil penyertaan yang akan dihantar kepada anda.

Jika terdapat kesilapan maklumat, sila hubungi wakil jualan atau talian yang dinyatakan didalam halaman tersebut.

4.3 Permohonan pertukaran tarikh

  1. Tarikh pelaksanaan ibadah qurban ditetapkan oleh pihak pengurusan Qurbanaid.
  2. Jika anda mendaftar ibadah aqiqah, polisi perkhidmatan kami adalah membuat tempahan minimum 7 hari sebelum tarikh yang ingin dilaksanakan untuk memastikan masa yang mencukupi untuk proses pengurusan dan pengesahan maklumat.
  3. Selepas membuat tempahan, anda boleh menghubungi wakil jualan atau pejabat urusan kami untuk membuat penyelarasan tarikh pelaksanaan bersesuaian dengan keperluan anda.
  4. Syarat minimum pertukaran tarikh selepas tempahan adalah 2 hari sebelum tarikh pelaksanaan dan anda telah mendapat maklum balas dari pegawai kami.
  5. Untuk tempahan aqiqah dalam tempoh sebulan (30hari) sebelum Aidiladha, pihak Qurbanaid mungkin tidak dapat memenuhi permintaan pelaksanaan dalam dengan tarikh yang ditetapkan kerana permintaan yang tinggi. Sila berhubung dengan kami untuk aturan dan penjelasan lebih lanjut.

4.4 Pertukaran tarikh dari pihak perkhidmatan

  1. Di dalam keadaan, walaupun bukan disebabkan kesilapan pelanggan, pembelian qurban/aqiqah anda dibatalkan, ditangguhkan atau ditukarkan tarikh, anda boleh memilih untuk menukarkan tarikh pelaksanaan, bergantung kepada kebolehan kami untuk memenuhi tarikh tersebut, dengan menghubungi talian khidmat pelanggan kami.
  2. Jika anda memilih untuk tidak meneruskan pembelian bersama Qurbanaid, anda menerima bahawa liabiliti Qurbanaid kepada anda ialah hanya untuk membuat pemulangan wang tempahan secara penuh semula dalam tempoh yang dipersetujui bersama. Anda menerima bahawa hanya ini sahaja penyelesaian undang-undang yang tersedia.

4.5 Syarat Pembatalan tempahan

Pelanggan yang telah membuat bayaran dan mendaftar perkhidmatan Qurbanaid melalui saluran-saluran tempahan kami adalah tertakluk kepada syarat pembatalan seperti berikut;

Kami tidak menawarkan sebarang pembatalan tempahan serta bayaran balik jika tempahan anda sudah berada dihantar ke pusat agihan/selesai dilaksanakan/ haiwan telah disembelih atas alasan;

  1. Anda mendapati perkhidmatan kami kurang memuaskan dan tidak memenuhi jangkaan anda sebagai pelanggan.
  2. Kecuaian anda kerana terlibat didalam skim penipuan yang menggunakan jenama kami untuk membuat perkhidmatan palsu.
  3. Anda tidak dapat menyatakan bukti pembelian, resit bayaran serta transaksi, serta tiada maklumat anda didalam sistem pengurusan maklumat kami.
  4. Terdapat kesilapan didalam maklumat tempahan seperti nama peserta dan kami tidak dapat mengemaskini maklumat berkenaan diluar had masa polisi kami
  5. Anda tidak menerima gambar pelaksanaan
  6. Anda tidak menerima hadiah sagu hati kerana masalah perkhidmatan kurier/pos atau hadiah yang diterima tidak sama/tidak seperti jangkaan seperti dalam promosi.

             

4.6 Fi & had masa pembatalan

Untuk ibadah qurban;

  1. Pembatalan 3 hari sebelum dari tarikh Aidiladha (parcel belum dihantar) : tiada fi pembatalan dan pemulangan penuh akan diberikan.
  2. Pembatalan 3 hari sebelum dari tarikh Aidiladha (parcel sudah dihantar) : kos sagu hati dan penghantaran parcel akan ditolak dari harga jualan.
  3. Pembatalan selepas haiwan telah disembelih: tiada pemulangan akan diberikan.

Untuk ibadah aqiqah;

  1. Pembatalan 1 hari sebelum dari tarikh pelaksanaan (parcel belum dihantar) dan anda menerima maklum balas dari pegawai kami : tiada fi pembatalan dan pemulangan penuh akan diberikan.
  2. Pembatalan 1 hari sebelum dari tarikh pelaksanaan (parcel sudah dihantar) dan anda menerima maklum balas dari pegawai kami : kos sagu hati dan penghantaran parcel akan ditolak dari harga jualan.
  3. Pembatalan selepas haiwan telah disembelih: tiada pemulangan akan diberikan.

4.7 Pembayaran balik

  1. Untuk tempoh di luar musim Ramadhan dan Qurban (30 hari sebelum dan 30 hari selepas tarikh berkenaan), tempoh pemulangan wang selepas pembatalan diterima mengambil masa maksimum 20 hari bekerja termasuk selang masa pemprosesan bank tertakluk kepada kaedah bayaran FPX, pindahan bank serta Kad debit atau kredit.
  2. Manakala pada musim Ramadhan dan Qurban pula, kami akan mengambil masa tambahan sebanyak 7 hingga 14 hari bekerja dari tempoh bayaran balik musim biasa.
  3. Sebarang pembayaran yang dibuat melalui Kad KREDIT dan DEBIT daripada pelanggan akan dikenakan Yuran Pentadbiran sebanyak 2%.
  4. Tiada bayaran balik akan dilayan selepas penyembelihan selesai.

4.8 Kaedah pembatalan

Jika anda layak untuk membuat pembatalan tempahan seperti yang dinyatakan didalam syarat pembatalan, sila maklumkan kepada pegawai jualan atau pejabat urusan kami. Anda juga boleh mengisi borang aduan pelanggan disini.




Proses pengurusan dan status tempahan anda

Berikut adalah ringkasan prosedur pengurusan kami mengikut tahap proses sebagai rujukan status tempahan anda.

5.1 Tempahan oleh pelanggan

  1. Tempahan: Anda mendaftar melalui pelbagai saluran tempahan kami.
  2. Bayaran Dibuat : Anda membuat bayaran melalui pelbagai saluran bayaran kami.

5.2 Status: Tempahan

  1. Tempahan Diterima : Bergantung kepada saluran tempahan dan cara pembayaran, maklumat anda mengambil masa 1-3 hari untuk diproses dan dimasukkan ke dalam sistem pengurusan maklumat kami.
  2. Setiap tempahan akan disertakan dengan maklumat individu wakil jualan yang akan menguruskan tempahan anda sehingga selesai.
  3. Notifikasi dan Statuslink: Kami akan menghantar notifikasi serta pautan URL statuslink unik kepada anda.

5.3 Status: Pengesahan

  1. Bayaran Diterima : Kami mengesahkan transaksi anda telah selesai diterima ke dalam akaun rasmi Qurbanaid.
  2. *Bayaran Tidak Diterima/ FPX Gagal: Kami tidak dapat mengesahkan transaksi anda. Tempahan tidak akan diteruskan sehingga transaksi disahkan.

5.4 Status: Akad

  1. Panggilan telefon : Qurbanaid menawarkan panggilan akad sebagai tambahan perkhidmatan kami. Mengikut prosedur standard, panggilan akad akan dibuat melalui pegawai jualan dan kali ke dua melalui pegawai akad untuk pengesahan maklumat.
  2. Qurbanaid berhak tidak membuat panggilan akad ke dua disebabkan jumlah tempahan yang tinggi. Akad pelanggan telah pun termaktub selepas tempahan dilakukan. Pelanggan juga boleh merujuk video yang disediakan untuk panduan akad dan niat ibadah.

5.5 Status: Pengagihan

Status Agihan: Sedang Diproses

  1. Nama peserta dan kuantiti tempahan akan disusun untuk melengkapkan jumlah bahagian.
    1. Lokasi dan masa pelaksanaan ditentukan secara rawak mengikut kuota yang telah ditetapkan.
    1. Pelanggan menerima No.agihan, No.Lot serta maklumat agihan.
    1. Maklumat dan kuota agihan dihantar kepada pusat sembelihan serta wakil pengurusan Qurbanaid di setiap lokasi pelaksanaan.
    1. Hadiah saguhati dan parcel diproses untuk dihantar kepada pelanggan.

5.6 Status: Pelaksanaan

Status Agihan: Telah Dihantar

  1. Maklumat anda diterima oleh pusat/wakil sembelihan dan haiwan yang dipilih akan disediakan untuk pelaksanaan.

5.7 Status: Pelaksanaan

Status Agihan: Pelaksanaan – Selesai Dilaksanakan

  1. Ibadah anda dilaksanakan pada masa dan lokasi yang ditetapkan
  2. Laporan pelaksanaan dihantar ke pejabat urusan (1-7 hari mengikut keadaan dan lokasi)
  3. Pejabat urusan mengesahkan ibadah selesai dilaksanakan.

5.8 Status: Selesai

Status Agihan: Selesai

  1. Pengesahan ibadah selesai dilaksanakan dan laporan diterima
  2. Pengesahan parcel sudah dihantar kepada pelanggan




Promosi & Penghantaran

6.1 Promosi & Harga

  1. Bergantung terhadap tempoh & jenis promosi, setiap tempahan yang didaftarkan bersama Qurbanaid akan menerima beberapa tawaran serta hadiah sagu hati dalam bentuk fizikal dan digital sebagai menghargai sokongan anda terhadap perkhidmatan dan usaha kami.
  2. Promosi yang dijalankan perkhidmatan Qurbanaid adalah berpusat. Kami tidak menawarkan promosi berbeza untuk pelanggan berbeza didalam waktu yang sama. Jika anda menerima tawaran yang berbeza dengan promosi rasmi kami, sila adukan kepada kami disini.
  3. Harga yang dinyatakan semasa anda membuat pembayaran adalah tetap tanpa sebarang kos tambahan tersembunyi kecuali anda memilih untuk membuat pembayaran menggunakan kad debit/kad kredit (kos ditetapkan oleh pihak bank dan perkhidmatan bayaran atas talian).
  4. Kenaikan atau penurunan harga tawaran tidak akan mempengaruhi tempahan yang telah didaftarkan. Perubahan harga adalah tertakluk kepada pasaran semasa serta kos pengurusan dan mungkin berubah tanpa sebarang notis.

6.2 Sijil Penyertaan

  1. Sijil penyertaan hanya akan dicetak untuk pelanggan yang memberikan maklumat yang lengkap. Qurbanaid tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan maklumat disebabkan kecuaian pelanggan.
  2. Satu (1) sijil penyertaan akan dicetak untuk setiap nama peserta yang didaftarkan (bukan mengikut kuantiti bahagian/ekor diatas nama peserta)

6.3 Tawaran Terhad

  1. Bergantung kepada promosi semasa anda membuat tempahan, hadiah sagu hati yang diberikan berubah mengikut tempoh promosi dari segi bentuk, nilai dan kuantiti.
  2. Pelanggan tidak dibenarkan memilih atau memohon sebarang variasi dari segi bentuk dan kuantiti. Kos dan pemilihan hadiah sagu hati adalah diatas tanggungan Qurbanaid dan tidak akan dicas kepada pelanggan.
  3. Sebarang promosi, tawaran terhad serta hadiah percuma adalah terhad kepada waktu yang telah ditetapkan ataupun sementara stok masih ada.
  4. Imej yang dipaparkan di dalam promosi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Qurbanaid tidak menjamin ketersediaan stok hadiah promosi untuk penghantaran segera.
  5. Qurbanaid berhak membuat perubahan hadiah tanpa sebarang notis. Qurbanaid boleh menukar hadiah yang di iklankan dengan hadiah yang lain yang sama nilainya untuk tempahan yang didaftarkan di dalam waktu promosi.
  6. Sekiranya terdapat sebarang kelewatan ketersediaan stok, situasi yang tidak dijangka, Qurbanaid berhak menangguhkan proses penghantaran parcel.
  7. Sebarang permintaan tambahan hadiah akan dikenakan caj tambahan mengikut harga unit.

6.4 Perkhidmatan Kurier & Parcel

  1. Qurbanaid menggunakan perkhidmatan kurier Ninjavan, POSLaju serta DHL bergantung kepada lokasi penghantaran. Anda tidak boleh memilih perkhidmatan kurier yang digunakan.
  2. Setiap satu (1) tempahan akan dihantarkan didalam satu (1) parcel. Jika anda membuat lebih dari satu tempahan, anda akan menerima parcel yang berlainan mengikut tempahan anda.
  3. Sila maklumkan kepada pihak pengurusan jika anda menerima lebihan/kekurangan kuantiti hadiah dsb.

6.5 Tempoh Penghantaran

  1. Qurbanaid mengambil masa tujuh(7) ke empat belas(14) hari untuk memproses tempahan anda sebelum parcel diterima oleh pihak kurier. Anggaran waktu penghantaran bermula dari tarikh penghantaran oleh pihak kurier adalah;
  2. Semenanjung Malaysia: Dalam 1 – 3 hari bekerja
  3. Sabah dan Sarawak: Dalam 5 – 7 hari bekerja
  4. Kelewatan oleh perkhidmatan tersebut adalah diluar bidang kawalan kami. Anda boleh merujuk pautan yang disediakan (dalam pembangunan) untuk melihat status penghantaran parcel anda.
  5. Parcel yang mengandungi Sijil pelaksanaan serta hadiah percuma akan dihantar dalam tempoh 30 hari dari tarikh tempahan (tertakluk kepada perubahan semasa).

6.6 Cas tambahan untuk penghantaran di luar Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Qurbanaid akan mengenakan cas tambahan untuk parcel yang perlu dihantar diluar kawasan yang dinyatakan mengikut kos yang diberikan perkhidmatan kurier. Kami akan menghubungi anda untuk aturan lanjut.

6.7 Penghantaran Ditolak / Tidak Dituntut / Anda tidak menerima parcel

Jika anda masih belum menerima sebarang parcel dari kami dalam tempoh tiga puluh(30) hari dari tarikh tempahan;

  1. Sila periksa alamat yang anda daftarkan, jika alamat yang didaftarkan tidak tepat atas kecuaian anda, anda perlu menanggung kos penghantaran semula ke alamat yang baru.
  2. Jika parcel anda berada di pusat agihan kurier, anda boleh menuntut parcel tersebut dengan menghadirkan diri ke pusat berkenaan. Sila rujuk pegawai jualan anda atau khidmat pelanggan kami untuk bantuan.

Jika parcel anda dihantar kembali kepada kami, anda perlu menuntut parcel tersebut di pejabat urusan kami. Kos penghantaran semula parcel adalah dibawah tanggungjawab anda.

6.8 Parcel rosak

  1. Pelanggan dinasihatkan memeriksa bungkusan yang diterima semasa penghantaran dibuat. Elakkan menerima bungkusan tersebut sekiranya didapati rosak teruk atau telah diubah kandungannya.
  2. Jika kami mendapati kerosakan tersebut adalah disebabkan kecuaian kami atau pihak kurier, kami akan menghantar bungkusan yang baru tanpa sebarang kos tambahan.
  3. Qurbanaid berhak untuk tidak menukar atau membuat pembayaran balik bagi apa-apa bungkusan yang rosak atau kandungan yang salah selepas penerimaan anda.




7 Pengurusan & Pelaksanaan Ibadah

7.1 Negara pelaksanaan

  1. Qurbanaid memulakan operasi sejak tahun 2014 dan sehingga kini telah berjaya menyediakan jaringan bekalan haiwan sembelihan untuk ibadah qurban dan aqiqah dengan komuniti musilim dan fakir di 19 buah negara.
  2. Qurbanaid juga mula menubuhkan beberapa pusat transit dan sembelihan sendiri di beberapa buah negara seperti kemboja dan bangladesh.
  3. Kuota untuk kuantiti agihan haiwan qurban dan aqiqah disusun sepanjang tahun untuk memastikan bekalan dapat memenuhi permintaan. Qurbanaid juga memastikan agihan tidak tertumpu dan berlebihan untuk sesebuah komuniti/lokaliti sehingga menyebabkan lambakan serta pembaziran.
  4. Disebabkan itu, lokasi pelaksanaan ibadah anda akan ditetapkan secara rawak oleh sistem pengurusan untuk mengelakkan pelanggaran kuota, ketidakseimbangan agihan dan perancangan. Qurbanaid tidak membenarkan pelanggan memilih lokasi pelaksanaan sendiri.
  5. Lokasi pelaksanaan ibadah akan dimuat naik di dalam pautan laporan status tempahan anda sebaik sahaja ia ditetapkan. Qurbanaid berhak mengubah tempat pelaksanaan di saat akhir tanpa sebarang notis disebabkan keadaan yang mungkin tidak dapat dielakkan.

7.2 Masa pelaksanaan

  1. Ibadah Qurban akan dilaksanakan sepanjang Hari Tasyrik mengikut zon masa setiap negara yang mengambil bahagian.
  2. Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah.
  3. Masa pelaksanaan ibadah aqiqah pula dilaksanakan mengikut tarikh pilihan pelanggan bergantung kepada terma dan syarat yang dinyatakan.
  4. Ibadah aqiqah yang didaftarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh aidiladha akan dilaksanakan bersama pada hari-hari tasyrik. Pelanggan boleh membuat aturan untuk mengikuti tarikh pilihan sendiri dengan memaklumkan kepada pegawai jualan.

7.3 Gambar & Laporan pelaksanaan

  1. Isu situasi semasa pelaksanaan, kuantiti haiwan qurban yang tinggi, kekurangan akses telekomunikasi dan alat penggambaran, perbezaan bahasa dan sebagainya mungkin menyebabkan gambar pelaksanaan untuk setiap tempahan tidak dapat disediakan semasa pelaksanaan musim Qurban.
  2. Qurbanaid tidak sekali-kali menjanjikan setiap tempahan anda akan diberikan laporan bergambar.
  3. Pelaksanaan ibadah aqiqah diluar musim qurban dapat diberikan laporan beserta gambar kerana kuantiti pelaksanaan yang sedikit dan berpusat.

7.4 Kaedah pelaksanaan

  1. Qurbanaid mengikuti garis panduan syarak untuk setiap haiwan yang disembelih untuk tujuan qurban dan aqiqah.
  2. Pengaruh budaya, mazhab agama dan keadaan setempat mungkin berbeza dari norma di Malaysia semasa proses pelaksanaan. Namun, Qurbanaid memastikan setiap pelaksanaan adalah mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
  3. Qurbanaid berusaha membawa garis panduan dan SOP pelaksanaan seperti yang ditetapkan JAKIM di pusat-pusat sembelihan yang dimiliki oleh Qurbanaid sendiri dan lokaliti yang diwakili oleh Qurbanaid. Garis panduan ini adalah termasuk dari segi infrastruktur, kebersihan, amalan serta kaedah pengendalian, penyembelihan serta pengagihan.
Hubungi Qurbanaid
1
Untuk sebarang pertanyaan, klik sini.
Scan the code
Assalamualaikum, boleh kami bantu anda?